24 Februari 2013

epilog chita usaha jaya dari jalan cheras


suatu masa dulu ditepi pagar situ
kita berdiri meninjau-ninjau cikgu
lalu pagar diredah ikut semak itu
mana yang rebah bersama kita bantu

masih kah kau ingat kita bersatu hati
meredah parit kekedai pak ali
tika hujan renyai bertuduh ditepi library
selalu boleh lepas namun nasib tak baik sekali
kebilik gb kita dibawa pergi
ada kita kesah rotan membuku lali....

dengar lecture gb hamzah salas telinga buat pekak
bila ditanya keluar pelahan dari anak tekak
bukan salah kami cikgu, lampu yang rosak
camner nak study kalu tak nampak
apa nak kesah itu bukan komplin cuma mengada suatu alasang


menghampiri empat puluh tahun
selepas waktu itu 
kita kembali bertemu
dimajlis gemilang bersama tuanku
bukan high table masa dulu dulu

waduh bila lama tidak bejumpa
sudah pukul dua rasa macam baru buka cerita
itu pun baru kami bertiga
tak dapat ku bayangkan bagaimana kalu semua ada

walau pun tiada bersama nama kengkawan sentiasa membibir
terasa amat rindu kepada sahabat semua
tak berani nak sebut nama satu per satu
bimbang kut terasa pulak yang tercicir.........

DMY

19 Februari 2013

akan kembali kesini......

 Salam, sudah lama tidak kesini......

kini akan kami kembali dengan sedikit perubahan.. blog ini akan berbicara mengenai isu semasa yang diulas mengikut pengalaman yang dilalui... jeragang akan turun disini macam biasa dari atas wakaf dikampung nelayan.......

bagaimana pok jeragang akan hanya datang sekali sekala kerana justdag akan mewarnai ruang disini dengan topik semasa yang menarik dikutip dari hasil sembang ditempat singgah sepanjang  jalanan bersama penulis tamu jemputannya darimasa kemasa mungkin cikgu riping dan cikgu ali jika berkesempatan......  DMY