06 Mei 2013

inilah keputusan pengundi..... terimalah

Salam.... alhamdulillah jangkaan saya meleset sekali... namun ulasan yang dibuat masih boleh dipakai... banyak beristighfar supaya saya tidak get carried away... saya berpendapat prestasi kepimpinan PM masih dalam pru13 ini masih tersangat baik... ramai kengkawan seperblogan menjangka keputusan yang lebih teruk.. saya membuat kesimpulan pru13 telah terkeluar dari trend asal-usulnya dan pola pemilihan masih jauh dari boleh 'ubah'..... syukur alhamdulillah, Allah telah memberi kita sangat banyak petunjuk dalam pilihanraya kali ini..... masihkah lagi kita mahu mengingkarinya????????????????

marilah kita semua berdoa memohon Allah swt meneguhkan iman kita dan memberi kita kekuatan untuk meningkatkan amal kita. Hanya iman yang sempurna dan amal soleh sahaja yang akan membawa kita kepada rahmat Allah..... sesungguhnya Allah berkuasa memberi kerajaan dan menarik balik kerajaan kepada sesiapa yang dikehendaki Nya. Pemerintahan yang baik adalah anugerah Allah kepada mereka yang beriman dan beramal solleh.......Allah maha mengetahui apa yang kita tidak tahu..... insaflah, DMY

05 Mei 2013

berbaris untuk ke putra jaya......

seorang kawan lama bertanya siapa yang akan menang pru13. saya jawab tiada siapa yang menang..... cuma yang saya bimbang kok menang jadi abu kalah jadi arang...... terbalik kot kata korang. Bagaimanapun mengikut firasat saya BN akan menang dengan lebih selesa kali ini, kalaupun tidak mencapai 2per3... tapi rasanya hampir tercapai... ini bukan tilikan nujum pak belalang tapi saya ada alasan tersendiri... saya sebenarnya menyambung kerja memerhati trend politik malaysia selepas MERDEKA yang membawa kepada penubuhan BN, projek masa belajo dulu... menarik untuk melihat trend sebelum, semasa dan sesudah DEB..

Saya berpendapat BN akan terus menguasai kerajaan persekutuan... memang agak sukar mendapat majoriti 2per3 tapi tidak mustahil... walau pun BN bekerja kuat kearah itu namun kali ini rasanya belum berhasil sebagaimana jangkaan PR masih belum dapat menguasai PUTRA JAYA... pakatan masih lagi umpama orang kelaut musim berombak... dipermukaan nampak terkawal tapi arus air bawah tak tentu hala... suhu air pun berubah-ubah... ikan yang molek susah nak makan umpan memukat payah nak kena.... silap urus pukat boleh rabak.......... saya jangka BN akan dapat mengekalkan kuasa disemua negeri yang dikuasai sekarang.. KELANTAN dan PULAU PINANG akan kekal dibawah PR.....di  SELANGOR dan KEDAH kedua-dua  pehak mempunyai peluang... ramalan saya BN dapat kedah PR dapat selangor dalam keadaan tidak selesa.. PERAK agak meruncing bagi kedua belah pihak tapi BN akan menang.......walau dijadikan sasaran, selepas turun kejohor saya rasa keselamatan masih terjamin bagi BN disana........

Kalau boleh saya mahu melihat 3 perkara... pertama PAS kembali memerentah dinegeri TRENGGANU darul-iman, tanah tempat saya dilahirkan.... saya berpendapat PAS belum mendapat peluang yang menasabah untuk  menjalankan perancangan ketika memerintah sekejap sebelum diketepikan semula dalam pilihan raya yang lalu... kedua PAS menjadi pembangkang yang dominan di parlimen sessi yang akan datang.  Pada pandangan saya semasa PAS mengetui pembangkang dulu adalah masa paling produktif parlimen malaysia... kita perlu melihat keupayaan sebenar ustaz hadi atau ayoh chik, bagi orang marang..... ketiganya BN memenangi kerusi parlimen gelang patah... bukan saya tak suka Lim Kit Siang  tapi saya rasa pak cik Kit mempunyai sedikit kelebihan... bagi saya kalau BN 'menang teruk' pun di gelang patah itulah sebenarnya ubah minda telah berlaku...... mereka kata patah gelang kerana berebut putra jaya.....

saya sengaja keluarkan posting nie sebelum kita semua rakyat malaysia pegi mengundi kerana hendak mengukur sejauh mana tinggal keupayaan saya membuat analisa dan prediction... satu lagi sebab nak pastikan jawapan tentang persoalan yang bermain diminda saya masa mengaji dalam bidang strategik di INSEAD dulu..... DMY

24 Februari 2013

epilog chita usaha jaya dari jalan cheras


suatu masa dulu ditepi pagar situ
kita berdiri meninjau-ninjau cikgu
lalu pagar diredah ikut semak itu
mana yang rebah bersama kita bantu

masih kah kau ingat kita bersatu hati
meredah parit kekedai pak ali
tika hujan renyai bertuduh ditepi library
selalu boleh lepas namun nasib tak baik sekali
kebilik gb kita dibawa pergi
ada kita kesah rotan membuku lali....

dengar lecture gb hamzah salas telinga buat pekak
bila ditanya keluar pelahan dari anak tekak
bukan salah kami cikgu, lampu yang rosak
camner nak study kalu tak nampak
apa nak kesah itu bukan komplin cuma mengada suatu alasang


menghampiri empat puluh tahun
selepas waktu itu 
kita kembali bertemu
dimajlis gemilang bersama tuanku
bukan high table masa dulu dulu

waduh bila lama tidak bejumpa
sudah pukul dua rasa macam baru buka cerita
itu pun baru kami bertiga
tak dapat ku bayangkan bagaimana kalu semua ada

walau pun tiada bersama nama kengkawan sentiasa membibir
terasa amat rindu kepada sahabat semua
tak berani nak sebut nama satu per satu
bimbang kut terasa pulak yang tercicir.........

DMY

19 Februari 2013

akan kembali kesini......

 Salam, sudah lama tidak kesini......

kini akan kami kembali dengan sedikit perubahan.. blog ini akan berbicara mengenai isu semasa yang diulas mengikut pengalaman yang dilalui... jeragang akan turun disini macam biasa dari atas wakaf dikampung nelayan.......

bagaimana pok jeragang akan hanya datang sekali sekala kerana justdag akan mewarnai ruang disini dengan topik semasa yang menarik dikutip dari hasil sembang ditempat singgah sepanjang  jalanan bersama penulis tamu jemputannya darimasa kemasa mungkin cikgu riping dan cikgu ali jika berkesempatan......  DMY