05 Mei 2013

berbaris untuk ke putra jaya......

seorang kawan lama bertanya siapa yang akan menang pru13. saya jawab tiada siapa yang menang..... cuma yang saya bimbang kok menang jadi abu kalah jadi arang...... terbalik kot kata korang. Bagaimanapun mengikut firasat saya BN akan menang dengan lebih selesa kali ini, kalaupun tidak mencapai 2per3... tapi rasanya hampir tercapai... ini bukan tilikan nujum pak belalang tapi saya ada alasan tersendiri... saya sebenarnya menyambung kerja memerhati trend politik malaysia selepas MERDEKA yang membawa kepada penubuhan BN, projek masa belajo dulu... menarik untuk melihat trend sebelum, semasa dan sesudah DEB..

Saya berpendapat BN akan terus menguasai kerajaan persekutuan... memang agak sukar mendapat majoriti 2per3 tapi tidak mustahil... walau pun BN bekerja kuat kearah itu namun kali ini rasanya belum berhasil sebagaimana jangkaan PR masih belum dapat menguasai PUTRA JAYA... pakatan masih lagi umpama orang kelaut musim berombak... dipermukaan nampak terkawal tapi arus air bawah tak tentu hala... suhu air pun berubah-ubah... ikan yang molek susah nak makan umpan memukat payah nak kena.... silap urus pukat boleh rabak.......... saya jangka BN akan dapat mengekalkan kuasa disemua negeri yang dikuasai sekarang.. KELANTAN dan PULAU PINANG akan kekal dibawah PR.....di  SELANGOR dan KEDAH kedua-dua  pehak mempunyai peluang... ramalan saya BN dapat kedah PR dapat selangor dalam keadaan tidak selesa.. PERAK agak meruncing bagi kedua belah pihak tapi BN akan menang.......walau dijadikan sasaran, selepas turun kejohor saya rasa keselamatan masih terjamin bagi BN disana........

Kalau boleh saya mahu melihat 3 perkara... pertama PAS kembali memerentah dinegeri TRENGGANU darul-iman, tanah tempat saya dilahirkan.... saya berpendapat PAS belum mendapat peluang yang menasabah untuk  menjalankan perancangan ketika memerintah sekejap sebelum diketepikan semula dalam pilihan raya yang lalu... kedua PAS menjadi pembangkang yang dominan di parlimen sessi yang akan datang.  Pada pandangan saya semasa PAS mengetui pembangkang dulu adalah masa paling produktif parlimen malaysia... kita perlu melihat keupayaan sebenar ustaz hadi atau ayoh chik, bagi orang marang..... ketiganya BN memenangi kerusi parlimen gelang patah... bukan saya tak suka Lim Kit Siang  tapi saya rasa pak cik Kit mempunyai sedikit kelebihan... bagi saya kalau BN 'menang teruk' pun di gelang patah itulah sebenarnya ubah minda telah berlaku...... mereka kata patah gelang kerana berebut putra jaya.....

saya sengaja keluarkan posting nie sebelum kita semua rakyat malaysia pegi mengundi kerana hendak mengukur sejauh mana tinggal keupayaan saya membuat analisa dan prediction... satu lagi sebab nak pastikan jawapan tentang persoalan yang bermain diminda saya masa mengaji dalam bidang strategik di INSEAD dulu..... DMY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan