13 Mei 2010

Renungan dari warung, mersing

Mersing: kebiasaannya selepas subuh ke pantai menunggu matahari terbit. Menikmati keindahan panorama ketika matahari terbit begitu menenang dan menyeronokkan. Keadaan sebegini kalau 30 tahun yang lalu seumpama tiada memberi banyak ertinya. Setelah lebih 30 tahun mendiami Kuala Lumpur ia telah bertukar menjadi suatu yang diperlukan dalam agenda balik kampung baik di Mersing atau di Kuala Trengganu. Bezanya kalau di Mersing laut lebih tenang di diami oleh puluhan pulau. Berbeza di Telipot cuma ada beberapa pulau kelihatan yang terkenal pulau Bidung dan pulau Redang

Bekfes awal pagi di Mersing dah tentu warung tepi laut. Kalau di Teganu kita kalu tak kedai Dolah kedai Cek Awing..  Fenomina warung dan bekfes awal pagi memang biasa bagi saya sejak jadik nelayan dulu.... sekarang baru dapat appreciate kenikmatannya...... kalau dulu maknanya untuk kenyang perut dan bekal kelaut saja


Kadang-kadang bebudak ikut.... Athirah shoot untuk projek study dia ... kalau tidak jangan harap nak bangun pepagi.... ini yani senang menggayakan lensa kameranya bukan athirah
Inilah pengkalan untuk para nelayan di Teluk Buih, Mersing.  Pemandangan yang berbeza dengan sebuah pelabuhan seperti yang sempat saya rakamkan di Lumut, Perak dalam gambar yang dibawah  ini.  
Beginilah diantara nostalgia seorang nelayan yang kini telah tersisih dalam lautan tembok di pinggir KL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan