15 Februari 2014

Jelajah blog: menyelami aspirasi mengongsi idea

Sudah lama tidak menjelajah blog yang tersenarai.... dustalah kalau hendak dikata kekurangan masa atau terhakisnya minat... tumpuan kepada perkara lain mungkin boleh memadam keinginan yang meluap-luap untuk melawat blog rakan seperjuangan.... saya tidak gemar membicara topik politik sekadar menyentuh sepintas lalu atau selayang pandang.... alasan nya mudah, telah terlalu ramai penulis blog politik dan banyak yang sangat condong kepada sesuatu aliran atau pertubuhan politik.... ramai penulis blog politik semacam menjadi penulis upahan... faktor ini menjadikan saya tawar hati atau kadang-kadang menyampah kerana belum habis satu ayat dibaca sudah tahu kandungan nya hanyalah maki hamun dan cercaan semata..... yang nyata kedua-dua pihak perangainya dua kali lima dengan lima kali dua sahaja. namun tidak pulak kita hendak nafikan ulasan yang objektif dan boleh dipertanggung- jawabkan.

Sejak bersara banyak kontek sudah hilang.... hampir semua saluran komunikasi saya dahulu adalah menerusi email dan alamat  pejabat.... oleh itu sekarang terlalu kurang saya menulis kertas kerja seminar atau menyertai sessi bual bicara baik peringkat nasional apa lagi  antarabangsa kerana hampir tidak ada jemputan..... rangkaian perhubungan yang lama terlalu genting kalau pun tidak terputus langsung......... apakah masih cukupkah kapasiti saya untuk mulakan semula wallahualam... bahan rujukan masih tersimpan berkotak-kotak belum berbuka hampir satu bilik buku-buku dan lain-lain yang belum dibuka.... termasuklah bahan-bahan yang dikumpul melalui banci  dan kajian, banyak juga data prima dari kajian ilmiah... namun saya selalu ingat dan berpegang kepada pepatah melayu dimana ada kemahuan disitu ada jalan dan juga pacuan motivasi negara satu masa dulu...yakin boleh pasti boleh... DMY

2 ulasan:

  1. salam pak jeragang..saya ni
    ingat dop lg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam masih ingat lagi tapi jarang dah ziarah.... maaf pok dok berapa aktif mana lening.....

      Padam